Membantu individu membuat persediaan awal untuk peralihan dari zaman persekolahan ke dunia pekerjaan sebenar.
Menambah pengetahuan pelajar mengenai kerjaya-kerjaya tertentu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan
Pengenalan Kaunseling Kerjaya
Kaunseling kerjaya adalah satu proses interpersonal yang direka bentuk membantu individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya iaitu proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri dan memajukan diri dalam pekerjaan.