Personaliti dan Persekitaran Menentukan Perwatakan Manusia
Jenis Ujian Personaliti Kerjaya Di Internet
Jenis Personaliti
Menurut Holland (1985) semua pemilihan kerjaya ini dikategorikan dan membentuk personaliti R-I-A-S-E-C

Realistik
(suka menyendiri, jujur, berhemat, keras hati, keras kepala, materialistik, tidak fleksible, kurang celik akal, praktikal, tidak melibatkan diri.)

1
Mempunyai kemahiran elektrik dan mekanikal
2
Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan binatang
3
Lebih suka bekerja luar bangunan
4
Jurutera, Petani, Tukang Kayu, Mekanik, Juru Ukur dan Pegawai Perhutanan
Juruteknik Elektronik

Investigatif
​(suka membuat pemerhatian, menganalisi, menilai, rasional, intelektual, ingin tahu, tidak popular, kritikal, pesimik, menyisihkan diri, jitu, berkait dengan bidang perubatan)

1
Individu yang suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan menganalisis
3
kecenderungan kepada aktiviti yang memerlukan pencerapan, simbolik, dan penyelidikan fizik, biology, serta fenomena budaya bagi mendapatkan kefahaman dan pengawalan fenomena tersebut
2
Mempunyai kemahiran saintifik, matematik dan teknikal
4
Saintis, Researcher, Pshycologist, Doktor perubatan, Pembantu makmal
Pshycologist

Artistik
( tidak selesa dengan kerja berstruktur tinggi, rutin atau berulang-ulang, rumit, idealistik, terbuka, tunggang-terbalik, tidak akur, impulsif, expresif, sensitif,intuitif, persuratan & perundangan)
1
2

Mempunyai kebolehan artistik, inovatif dan intuisif
Suka bekerja dalam situasi yang fleksibel dan tidak berstruktur atau mengarah.
3
Tidak suka kerja rutin atau berulang-ulang
4
Penyair, penyanyi, komposer, pelukis, arkitek, penulis dan makeup artist
Fashion Designer

Sosial
​( Berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, mengembang, mengubati, serta membuat kebajikan kepada orang lain, berpengaruh, pemurah, peramah, bekerjasama, memahami, mesra)
1
Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia
2
Mahir dalam berkomunikasi

3
minat untuk memberitahu maklumat, menolong, melatih dan membuat kerja-kerja amal
4
Kaunselor, guru, pegawai kebajikan, pegawai perhubungan, penyambut tetamu
Pramugari

Enterprising
(Suka bekerja & berinteraksi dengan manusia, mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, & mengurus orang lain, sukakan pencapaian, mudah bersetuju, yakin diri, suka bercakap, bertenaga, suka mengembara, menggembirakan, bercita-cita tinggi)
1
Suka bekerja dalam kumpulan dan organisasi
2
Bijak dalam memanipulasi orang bagi mencapai matlamat dan keuntungan

3
suka mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain
4
Ahli politik, ahli perniagaan, jurujual saham, pengurus hotel, pengurus bank
Peguam

Conventional
(melakukan perkara secara terperinci, bersifat akur, memendam rasa, sukar dilentur, cekap, defensif, cermat, berstruktur, praktikal, tidak imaginatif)
1
Suka bekerja dengan data dan komputer
2
Mempunyai kemahiran dalam bidang pengkeranian
4
Melakukan kerja dengan terperinci, teratur, bersifat akur dan menikut arahan
5
Akauntan, Penilai Harta, Jurujual Insurans, Kerani
Operator Komputer


Pengaruh Persekitaran
REALISTIK
​Dalam bidang Realistik, orang yang memiliki kemampuan elektik atau mekanikal cenderung suka bekerja dengan benda-benda seperti mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang. Mereka juga lebih suka bekerja di luar daripada di dalam bangunan.
INVESTIGATIF
​Bidang investigatif melibatkan orang-orang yang memiliki minat dalam melakukan pengamatan, belajar, menyelidiki, menganalisis, mengevaluasi, dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mereka juga memiliki keterampilan dalam sains dan matematika serta tertarik dengan karier yang berhubungan dengan ilmu pengetahuan dan beberapa karier dengan latar belakang teknik.
ARTISTIK
Individu Artistik adalah individu yang memiliki kemampuan artistik dan inovatif. Mereka cenderung menggunakan intuisi dan bekerja dengan baik dalam situasi yang kurang terstruktur. Mereka selalu menggunakan imajinasi ,kreativiti, dan tidak sesuai dengan pekerjaan yang berulang-ulang.
SOSIAL
​Individu-individu ini memiliki minat besar dalam bekerja dan berinteraksi dengan sesama manusia. Mereka sangat tertarik untuk memberitahu, membantu, melatih, menyertai perkembangan, menyembuhkan, dan melakukan kebaikan kepada orang lain. Mereka memiliki keahlian dalam penggunaan kata-kata dan secara terampil berkomunikasi dengan orang lain. Tujuan utama mereka adalah melakukan kebaikan.
ENTERPRISING
​individu ini memiliki kesukaan bekerja dan bergaul dengan orang lain. Mereka memiliki ketertarikan dalam mempengaruhi, memimpin, dan mengelola individu lain. Mereka juga pandai dalam memanipulasi orang lain. Tujuan utama mereka adalah untuk mencapai keuntungan bagi organisasi dan ekonomi.

KONVENSIONAL
Individu jenis ini dikatakan tergolong dalam individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka biasanya mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan angka. Mereka juga dapat melakukan sesuatu kerja secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.






